Dasar Privasi

    1. PENGENALAN

      Dasar privasi ini (“Dasar Privasi”) dikeluarkan oleh LBS Bina Group Berhad dan sekutu-sekutunya (termasuk tetapi tidak terhad kepada subsidiari, syarikat berkaitan, syarikat sekutu, dan syarikat gabungannya, sama ada di dalam atau di luar Malaysia) (secara kolektif dirujuk sebagai “Kumpulan”).

      Dasar Privasi ini menggariskan bagaimana kami memproses Data Peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Akta Perlindungan Data Peribadi (Pindaan) 2024, peraturan-peraturan yang terpakai, garis panduan, perintah yang dibuat di bawah APDP dan sebarang pindaan statutori atau penggubalan semula APDP dari semasa ke semasa (secara kolektif dirujuk sebagai “APDP”).

      Kumpulan berhak untuk mengubahsuai, mengemas kini dan/atau meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Kumpulan akan memaklumkan anda tentang sebarang pindaan melalui pengumuman di laman web Kumpulan (“Laman”) atau saluran lain yang sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Kumpulan. Dengan terus menggunakan perkhidmatan kami dan/atau mengakses Laman selepas pemberitahuan tersebut, anda dianggap telah bersetuju dan menerima dasar yang dipinda tersebut.

    2. PENGUMPULAN DATA PERIBADI

      Istilah “Data Peribadi” merujuk kepada sebarang maklumat dalam milikan kami yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang mana anda boleh dikenal pasti. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, nama, alamat, nombor telefon, NRIC (No. Kad Pengenalan), dan alamat e-mel anda.

      Pemprosesan” bermaksud pengumpulan, rakaman, penyimpanan, penggunaan, atau pendedahan Data Peribadi anda.

      Kumpulan mungkin mengumpul Data Peribadi anda semasa urusan anda dengan Kumpulan termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi, komunikasi, acara, seminar, pameran bergerak, dan tinjauan pelanggan. Kami juga menggunakan kuki (“cookies”) di Laman kami yang mungkin mengumpul data anda.

      Kumpulan mungkin menerima, menyimpan dan memproses Data Peribadi anda daripada pihak ketiga, badan rujukan kredit, pihak berkuasa kawal selia dan penguatkuasaan undang-undang, bagi tujuan undang-undang dan operasi.

    3. TUJUAN MEMPEROLEH DAN MEMPROSES DATA PERIBADI ANDA

      Data Peribadi anda mungkin diproses bagi tujuan berikut:

      (a) Komunikasi – Untuk berkomunikasi dengan anda dan maklum balas terhadap pertanyaan atau aduan anda;
      (b) Produk dan Perkhidmatan – Untuk menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda, termasuk memproses pembelian, penyertaan peraduan, dan perkhidmatan selepas milikan kosong;
      (c) Pemasaran dan Promosi – Untuk memberikan maklumat dan/atau kemas kini tentang pembangunan hartanah semasa dan masa hadapan, produk lain, perkhidmatan, dan/atau promosi yang ditawarkan oleh Kumpulan LBS dan pihak ketiga terpilih yang mungkin menarik minat anda melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, faks, surat, media sosial, dan/atau saluran komunikasi lain yang sesuai.
      (d) Acara dan Keahlian – Untuk menghantar ucapan bermusim dan jemputan ke acara kami, promosi, pelancaran hartanah, dan mesej program keahlian dari semasa ke semasa.
      (e) Operasi Dalaman – Untuk simpanan rekod dalaman, tugas pentadbiran, penyelidikan pasaran, analisis statistik, dan untuk memantau serta menambah baik produk dan/atau perkhidmatan kami;
      (f) Undang-undang dan Pematuhan – Untuk berkongsi Data Peribadi anda dengan juruaudit, peguam, penasihat kewangan, atau profesional lain untuk audit dalaman, nasihat undang-undang, atau permohonan kewangan jika perlu. Ini termasuk penyediaan dokumen undang-undang atau permohonan insuran;
      (g) Keselamatan dan Pematuhan – Bagi tujuan audit, pengurusan risiko, dan untuk mengesan, menyiasat serta mencegah aktiviti penipuan, dilarang, atau haram;
      (h) Memenuhi Obligasi – Untuk melaksanakan obligasi kami di bawah sebarang perjanjian yang telah anda masuki dengan kami termasuk pendaftaran dengan pihak berkuasa bagi pihak anda, penyerahan milikan kosong, kerja-kerja pembaikan kecacatan dan menyempurnakan pindah milik hakmilik individu/strata berasingan kepada anda;
      (i) Keperluan Undang-Undang – Untuk mematuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia yang terpakai, perintah mahkamah, atau untuk menguatkuasakan atau mempertahankan hak undang-undang kami;
      (j) Tujuan-Tujuan Lain – Bagi apa-apa tujuan lain yang diperlukan untuk mengendalikan dan mengekalkan perniagaan Kumpulan,
      (secara kolektif dirujuk sebagai “Tujuan-tujuan”).
      Dengan memberikan Data Peribadi anda, anda memberi persetujuan kepada kami untuk memproses Data Peribadi anda bagi Tujuan yang dinyatakan di atas. Jika anda tidak bersetuju, sila maklumkan kepada kami menggunakan butiran hubungan di bawah.

    4. KESAN JIKA TIDAK BERSETUJU DENGAN DASAR PRIVASI INI

      Pemberian Data Peribadi anda adalah secara sukarela. Walau bagaimanapun, jika anda tidak membekalkan Data Peribadi anda atau tidak memberi persetujuan, Kumpulan tidak akan dapat;

      (a) Memproses pembelian produk dan/atau perkhidmatan Kumpulan LBS;
      (b) Berkomunikasi secara berkesan dengan anda;
      (c) Menyediakan produk dan/atau perkhidmatan yang anda minta;
      (d) Menerima dan memproses penyertaan anda dalam sebarang peraduan;
      (e) Mengemas kini anda tentang produk, perkhidmatan, dan/atau promosi terkini;
      (f) Membolehkan anda mengakses bahagian tertentu di Laman yang memerlukan log masuk;

      Ini mungkin memerlukan anda untuk menamatkan perjanjian atau hubungan perniagaan anda dengan Kumpulan.

    5. PENDEDAHAN DATA PERIBADI ANDA

      Kumpulan tidak akan mendedahkan sebarang Data Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan anda kecuali kepada pihak berikut bagi satu atau lebih Tujuan-tujuan yang disenaraikan di atas;

      (a) Syarikat-syarikat dalam Kumpulan dan kakitangan masing-masing;
      (b) Ahli keluarga terdekat dan/atau orang hubungan kecemasan anda;
      (c) Pengganti hak milik kepada syarikat-syarikat dalam Kumpulan;
      (d) Mana-mana pihak yang terlibat berkaitan dengan latihan korporat, seperti potensi atau penjualan/pelupusan sebenar mana-mana perniagaan atau kepentingan mana-mana syarikat dalam Kumpulan, penggabungan, penyatupaduan, penyusunan semula atau latihan pembiayaan yang berkaitan dengan mana-mana syarikat dalam Kumpulan, atau penjualan aset, atau sekiranya berlaku pengulungan mana-mana syarikat dalam Kumpulan;
      (e) Rakan kongsi perniagaan dan sekutu Kumpulan yang menyediakan produk dan/atau perkhidmatan berkaitan berhubung dengan perniagaan Kumpulan untuk promosi bersama dan/atau peraduan;
      (f) Mana-mana orang di bawah kewajipan kerahsiaan yang telah mengaku janji untuk menjaga kerahsiaan Data Peribadi anda yang telah dilantik oleh Kumpulan untuk melaksanakan obligasi Kumpulan kepada anda;
      (g) Mana-mana pihak yang berkaitan dengan prosiding undang-undang atau prosiding undang-undang prospektif;
      (h) Juruaudit, perunding, peguam atau penasihat kewangan atau profesional Kumpulan yang lain atas dasar “perlu tahu” bagi tujuan penasihat tersebut memberikan nasihat kepada Kumpulan;
      (i) Mana-mana pihak yang dicalonkan atau dilantik oleh Kumpulan sama ada secara tunggal atau bersama dengan penyedia perkhidmatan lain, bagi tujuan mewujudkan dan menyelenggara pangkalan data bersama di mana Kumpulan mempunyai kepentingan bersama yang sah;
      (j) Pusat data dan/atau pelayan yang terletak di dalam atau di luar Malaysia bagi tujuan penyimpanan data;
      (k) Saluran pembayaran termasuk tetapi tidak terhad kepada institusi kewangan bagi tujuan menilai, mengesahkan, menyempurnakan, dan memudahkan pembayaran apa-apa amaun yang perlu dibayar kepada Kumpulan berkaitan dengan pembelian produk dan/atau perkhidmatan Kumpulan oleh anda;
      (l) Agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang, mahkamah, tribunal, badan kawal selia, kementerian, dan/atau agensi atau badan berkanun, pejabat, atau perbandaran dalam mana-mana bidang kuasa, jika dikehendaki atau dibenarkan untuk berbuat demikian, bagi mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan, perintah atau penghakiman mahkamah atau tribunal yang terpakai atau pertanyaan daripada pihak berkuasa yang berkaitan;
      (m) Mana-mana penyedia utiliti awam atau perkhidmatan berkaitan, sama ada milik kerajaan dan/atau mana-mana perbadanan yang diluluskan dan ditubuhkan untuk penyediaan perkhidmatan dan kemudahan utiliti, termasuk tanpa had kepada Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad, Syarikat Telekom Malaysia Berhad dan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd.;
      (n) Kontraktor atau sub-kontraktor Kumpulan sebagaimana yang perlu untuk melaksanakan tugas dan obligasi Kumpulan di bawah mana-mana dokumen atau perjanjian yang sewajarnya dimasuki oleh anda dengan Kumpulan;
      (o) Penyedia produk dan/atau perkhidmatan, pembekal atau ejen Kumpulan yang dilantik, untuk melaksanakan atau menjalankan satu atau lebih daripada Tujuan di atas;
      (p) Mana-mana orang, pihak berkuasa, atau pengawal selia yang mana Kumpulan dibenarkan atau dikehendaki untuk mendedahkan di bawah undang-undang yang terpakai; dan/atau
      (q) Orang awam jika anda menjadi pemenang dalam sesuatu peraduan dengan menerbitkan nama, gambar, dan Data Peribadi anda yang lain tanpa pampasan bagi tujuan pengiklanan dan publisiti.

    6. KESELAMATAN DATA PERIBADI ANDA

      Kumpulan komited untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda disimpan dengan selamat. Bagi menghalang akses tanpa kebenaran, pendedahan atau risiko serupa yang lain, Kumpulan, setakat yang praktikal, melaksanakan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang sewajarnya selaras dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai untuk menghalang akses tanpa kebenaran, pendedahan, pemprosesan yang menyalahi undang-undang, atau risiko serupa yang lain.

      Kumpulan akan membuat kemas kini yang munasabah terhadap langkah-langkah keselamatannya dari semasa ke semasa dan memastikan pihak ketiga yang diberi kuasa hanya menggunakan Data Peribadi anda untuk Tujuan yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini, serta melindungi Data Peribadi anda dengan secukupnya.

      Internet bukanlah medium yang selamat. Walau bagaimanapun, Kumpulan akan menyediakan pelbagai prosedur keselamatan berkenaan Laman ini dan komunikasi elektronik anda dengan Kumpulan.

      Walaupun langkah-langkah keselamatan dijalankan, sila ambil maklum bahawa komunikasi melalui Internet, seperti e-mel/mel sesawang tidak sepenuhnya selamat melainkan ia telah disulitkan. Komunikasi anda mungkin dihalakan melalui beberapa buah negara sebelum dihantar – ini adalah sifat semula jadi Jaringan Sejagat/Internet.

      Kumpulan tidak boleh dan tidak menerima tanggungjawab bagi sebarang akses tanpa kebenaran atau pintasan atau kehilangan Data Peribadi yang berada di luar kawalan munasabah Kumpulan.

    7. NOTIFIKASI PELANGGARAN DATA

      Sekiranya berlaku pelanggaran data yang berkemungkinan mengakibatkan risiko tinggi kepada hak dan kebebasan anda, kami komited untuk memberitahu anda dan pihak berkuasa yang berkaitan selaras dengan APDP.

    8. PENYIMPANAN DATA PERIBADI ANDA

      Kumpulan akan menyimpan Data Peribadi anda hanya selama tempoh tujuan pengumpulan Data Peribadi tersebut masih berterusan; Data Peribadi anda kemudiannya akan dimusnahkan atau dijadikan tanpa nama secara kekal, melainkan penyimpanan lanjut diperlukan untuk memenuhi keperluan operasi, undang-undang, kawal selia, cukai atau perakaunan Kumpulan.

    9. HAK ANDA SEBAGAI SUBJEK DATA

      Tertakluk kepada pengecualian yang diperuntukkan di bawah APDP, anda mempunyai hak untuk:

      9.1 Memohon akses – Memohon untuk mengakses dan mendapatkan salinan Data Peribadi anda yang dipegang oleh Kumpulan. Kumpulan mungkin mengenakan fi kecil (jumlah sebagaimana yang dibenarkan oleh APDP) sebagai kos pentadbiran yang terlibat dalam memproses permohonan anda untuk mengakses Data Peribadi anda.

      9.2 Memohon Pembetulan – Memohon untuk mengemas kini atau membetulkan Data Peribadi anda jika ia tidak tepat, tidak lengkap, atau lapuk. Walau bagaimanapun, Kumpulan berhak untuk menolak permohonan anda untuk mengakses dan/atau membetulkan Data Peribadi anda atas sebab-sebab yang dibenarkan di bawah undang-undang, seperti di mana perbelanjaan menyediakan akses kepada anda adalah tidak sepadan dengan risiko terhadap privasi anda, atau di mana hak orang lain juga mungkin dilanggar, antara sebab-sebab lain.

      9.3 Mengehadkan Pemprosesan – Anda mempunyai hak pada bila-bila masa untuk memohon kepada Kumpulan bagi mengehadkan pemprosesan dan penggunaan Data Peribadi anda (sebagai contoh, memohon Kumpulan untuk berhenti menghantar sebarang bahan pemasaran dan promosi atau menghubungi anda untuk tujuan pemasaran).

      9.4 Menarik Balik Persetujuan – Anda mempunyai hak untuk memaklumkan kepada Kumpulan mengenai penarikan balik (secara keseluruhan atau sebahagian) persetujuan anda yang diberikan sebelum ini kepada Kumpulan tertakluk kepada sebarang sekatan undang-undang yang terpakai, syarat-syarat kontrak, dan tempoh masa yang munasabah yang diperlukan untuk memproses penarikan balik tersebut.

      Untuk menjalankan mana-mana hak ini, sila hubungi kami menggunakan butiran hubungan di bawah.

    10. KETEPATAN DATA PERIBADI ANDA

      Kumpulan bertujuan untuk memastikan semua Data Peribadi adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan, terkini, dan boleh dipercayai sebaik mungkin. Oleh itu, ketepatan Data Peribadi anda bergantung terutamanya pada maklumat yang anda berikan. Oleh yang demikian, ia adalah syarat bagi Kumpulan menyediakan produk dan/atau perkhidmatan kepada anda bahawa anda:

      (a) menjamin dan mengisytiharkan bahawa semua Data Peribadi anda yang dikemukakan atau yang akan dikemukakan kepada Kumpulan adalah tepat, tidak mengelirukan, terkini dan lengkap dalam semua aspek bagi tujuan memperoleh atau menggunakan produk dan/atau perkhidmatan yang berkaitan dan anda tidak menyembunyikan mana-mana Data Peribadi yang mungkin material dalam mana-mana aspek dan bahawa Kumpulan diberi kuasa untuk mengandaikan ketulenan dan ketepatan Data Peribadi yang diberikan oleh anda semasa memproses Data Peribadi tersebut (dan Kumpulan tidak berkewajipan untuk mengesahkan mana-mana Data Peribadi tersebut secara bebas);  dan

      (b) anda memahami dan bersetuju terhadap kepentingan keperluan untuk mengemas kini Kumpulan apabila Data Peribadi yang diberikan sebelum ini kepada Kumpulan menjadi tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan, lapuk atau berubah dalam apa jua cara sekalipun dengan menghubungi Kumpulan melalui butiran hubungan di bawah.

    11. DATA PERIBADI DARIPADA KANAK-KANAK DAN INDIVIDU LAIN

      Setakat mana anda telah memberikan (atau akan memberikan) Data Peribadi mengenai keluarga, pasangan dan/atau tanggungan lain anda, anda menyatakan dan menjamin bahawa anda telah memperoleh persetujuan mereka untuk memberikan Data Peribadi mereka kepada Kumpulan dan bersetuju agar Data Peribadi mereka diproses selaras dengan Dasar Privasi ini. Berkenaan dengan kanak-kanak (iaitu individu di bawah umur 18 tahun) atau mana-mana individu yang tidak kompeten secara sah untuk memberikan persetujuan, anda mengesahkan bahawa anda mempunyai kuasa untuk memberi persetujuan bagi pihak mereka.

    12. PINDAHAN DATA PERIBADI ANDA KE LUAR MALAYSIA

      Fasiliti penyimpanan teknologi maklumat dan pelayan Kumpulan mungkin terletak di luar Malaysia. Oleh itu, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan ke, disimpan, atau diproses di sesebuah bidang kuasa di luar Malaysia. Sila ambil perhatian bahawa entiti asing ini mungkin tidak menawarkan tahap perlindungan data yang setaraf dengan Malaysia.

      Dengan memberikan Data Peribadi anda, anda dengan ini secara nyata memberikan persetujuan kepada Kumpulan untuk memindahkan Data Peribadi anda ke luar Malaysia bagi tujuan-tujuan ini. Kumpulan hendaklah mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan mana-mana pihak ketiga di luar Malaysia tidak menggunakan Data Peribadi anda selain daripada sebahagian daripada Tujuan tersebut dan untuk melindungi kerahsiaan serta privasi Data Peribadi anda dengan secukupnya.

    13. LAMAN WEB

      13.1 Pautan Luar

      (a) Jika mana-mana bahagian Laman menghubungkan anda ke laman web lain, laman web tersebut tidak beroperasi di bawah Dasar Privasi ini dan Kumpulan tidak menerima sebarang tanggungjawab atau liabiliti yang timbul daripada laman web tersebut.

      (b) Begitu juga, jika anda melanggan sesuatu aplikasi, kandungan, atau produk daripada rakan strategik Kumpulan LBS dan anda kemudiannya memberikan Data Peribadi anda secara langsung kepada pihak ketiga tersebut, Data Peribadi tersebut akan tertakluk kepada dasar privasi pihak ketiga itu dan bukan kepada Dasar Privasi ini.

      (c) Kami mengesyorkan anda untuk membaca dan memahami kenyataan/dasar privasi yang dipaparkan di laman web lain tersebut untuk memahami prosedur mereka dalam mengumpul, memproses, menggunakan, dan mendedahkan data peribadi sebelum menyerahkan Data Peribadi anda ke laman web tersebut.

    14. BUTIRAN HUBUNGAN

      Jika anda pempunyai sebarang soalan, aduan atau permintaan berkenaan Data Peribadi anda, sila hubungi kami:

      Alamat:
      LBS BINA GROUP BERHAD
      Plaza Seri Setia,
      Tingkat 2, No.1, Jalan SS 9/2,
      47300 Petaling Jaya,
      Selangor Darul Ehsan

      No. Telefon: 03- 7861 8055 / 03-7861 8071
      Alamat Emel: [email protected]
BM
JOM KUNJUNGI GALERI JUALAN LBS ALAM PERDANA
Isi borang di bawah, pasukan LBS Alam Perdana akan menghubungi anda dengan segera.